Kursus Senibina mula diperkenalkan di IKM Lumut bermula pada Julai 1991. Nama asal kursus ini adalah Lukisan Senibina yang dipindahkan dari IKM Petaling Jaya. Pengajar yang menerajui kursus ini masa itu adalah En. Kamaruzaman Osman dan En. Samsury bin Abd.Karim. Seramai 20 orang pelatih semester 2 turut serta semasa perpindahan tersebut. Kemudian diikuti pula oleh Pn. Zaiton Kamariah dan En. Ahmad Kamal bin Ibrahim pada Januari 1992.
Pada tahun 2000 nama kursus berkenaan telah ditukar menjadi Kursus Teknologi Senibina dan bertukar menjadi Kursus Senibina pada tahun 2008.
saya diantara 20 pelatih yang ikut pindah:)
ReplyDelete